LATAR BELAKANG
Mesyuarat Agung Tahunan YGMB bertarikh 23 Ogos 2009 supaya Yayasan Guru Malaysia Berhad menubuhkan sebuah Koperasi YGMB.
Mesyuarat bersetuju mencadangkan supaya yuran saham setiap ahli seumur hidup disumbangkan sebagai saham koperasi sebanyak RM100.00 bagi ahli-ahli yang berminat menjadi ahli Koperasi YGMB.
Sehingga 4 Mei 2012 terdapat sejumlah 75,145 orang ahli seumur hidup.
Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 23 Jun 2012 telah bersetuju sebulat suara menubuhkan Koperasi YGMB.
Pihak KYGMB telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua ASH YGMB yang berminat menyertai Koperasi YGMB dan menetapkan tarikh tutup kepada semua ahli seumur hidup supaya mereka dapat mengembalikan surat tawaran tersebut kepada pihak YGMB untuk mengetahui bilangan sebenarnya yang berminat menganggotai koperasi.
Surat tawaran untuk ahli YGMB menyertai telah dikeluarkan bertarikh 28 Jun 2012 dan tarikh tutup ditetapkan pada 30 Julai 2012.
Pengurus Koperasi YGMB telah menulis surat kepada pihak YGMB bertarikh 27 Ogos 2013 untuk mohon membayar saham bagi anggota mengikut senarai yang bersetuju menggangotai koperasi tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak YGMB.
Pihak YGMB telah menerima sejumlah 115 borang permohonan daripada ASH YGMB yang masih dan 56 borang bagi ASH yang bersara untuk menyertai koperasi.
No comments:
Post a Comment